Mahu Mengandung atau Sedang? Mahu Anak Cerdik & Soleh? Silakan Baca... - Food, Baby & Recipe -->

Header Ads

Mahu Mengandung atau Sedang? Mahu Anak Cerdik & Soleh? Silakan Baca...

Mengandung merupakan rezeki dan anugerah yang sangat membahagiakan pasangan yang berkahwin. Yang tak kahwin ianya satu bala. Dengan iman dan akal manusia boleh memacu jasadnya untuk DUIT. Hidup seseorang itu kosong tanpa konsep ketuhanan. Ibu mengandung sangat disarankan menjaga pemakanan.
Gambar hiasan dari: Benefits of Blueberry

Tidak Ada Yang Kebetulan Dalam Hidup dan Dalam Mendapatkan Apa Yang Kita Mahu

 Lihat video - Kejaiban Penciptaan Manusia
Klik gambar lihat video proses penciptaan manusia
Artikel ini ialah inti dan dicampur dengan sedutan dari 6 artikel khusus untuk ibu mengandung. Juga untuk mendapatkan bayi yang diidamkan dari sudut fizikal dan kerohanian.

Manusia itu sebaik kejadian [Klik & baca]. Sungguhpun manusia boleh mencipta apa mahunya namun dari sudut kerohanian manusia itu hidupnya kosong tanpa konsep ketuhanan.

Dengan iman dan akal manusia boleh memacu jasadnya untuk DUIT dan mencapai kebahagiaan dalam hidup seharian. Apa guna hidup kalau tak bahagia?

Doa - Memohon hidayah dan petunjuk (dalam berbagai bentuk) untuk memudahkan seseorang itu menerajui jalan penghidupannya.

Usaha - Berdoa tanpa usaha ibarat nasi dan hidangan sudah dihadapan tetapi masih berdoa supaya kenyang.

Ikhtiar - Mencari jalan jika usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil. Berguru, bertanya, dapatkan mentor, mengambil tempat dalam seminar atau sesuatu program. Pokoknya tambah ilmu dan kemahiran. Sudah dapat kuncinya terus istiqamah. Iaitu buat, buat, dan buat, dan buat lagi…

Tawakkal - Dah habis buat apa yang perlu dibuat pada ketika yang sesuai bersama orang-orang tertentu dengan peralatannya... maka berserahlah pada Allah. Lagi apa boleh buat? Usaha kita punya hasil Dia yang bagi...

Bahagiakah bila sudah berkahwin tidak mendapat anak?

Jika soalan di atas tadi berbunyi “Apa guna hidup kalau tak bahagia?” Bagi mereka yang sudah berkahwin soalan selanjutnya mungkin berbunyi “Bahagiakah bila sudah berkahwin tidak mendapat anak?”

Tentunya mahukan anak… ye dok?

Dan pastinya mahukan anak yang sihat dari segi fizikal, cerdik otaknya dan bila membesar taat akan kedua ibu-bapanya. Anak yang soleh gitu.

Tetapi adakah anak yang punya ciri-ciri di atas terbentuk dengan sendiri atau perlu pupukan sejak seawal dalam kandungan?

Seperti sub-tajuk artikel ini… tidak ada yang kebetulan dalam mendapatkan apa yang kita mahu. Termasuklah anak yang punya kualiti yang disebutkan tadi.

Mungkin ramai yang sudah tahu. Sebab ramai dah yang jadi ibu dan bapa. Ada yang gembira bahagia dan ada yang kesal menyesal tak sudah akan kesilapan.

Secara ringkas artikel ini memberi senarai pemakanan yang perlu dielakkan, diambil dan doa yang baik diamalkan. Detailnya boleh dirujuk ada pautan yang diberikan.

Mengandung Itu Satu Anugerah Pemakanan Perlu Hati-Hati

Senarai Makanan Yang Perlu Dielak Ketika Hamil

Rujukan:-
a. Ada Rezeki Aku Akan Mengandung Juga dan
b. Salah Ibu Mengandung Apabila Anak Cacat?

1. Ulaman dan Makanan Mentah
2. Nenas Terutama Yang Muda
3. Alkohol dan Makanan Yang Boleh Menjana Alkohol
4. Buah-Buahan Yang Bergetah Lagi Mentah
5. Jeruk, Makanan Masin dan Makanan Yang Diawet
6. Makanan Yang Mengandungi Pemanis Tiruan dan Kandungan Kafein Yang Tinggi
7. Makanan Yang Terlalu Manis Bergula
8. Makanan Berlemak Tinggi

makanan-untuk-kekuatan-minda
Gambar: www.thehealtypage.com

Senarai Makanan Yang Perlu Diamalkan

Rujukan:-
c. Bayi Cerdik Berkait Dengan Pemakanan Oleh Ibu Mengandung?
d. Ibu Mengandung Baca Ini - 10 Kategori Makanan Yang Baik Untuk Bayi Anda

1. Sayur-Sayuran
2. Buah-Buahan. Contoh jus dari buah-buahan yang sangat berkhasiat ialah seperti:-

Jambu
➽ Buah naga
➽ Apple

➽ Berry
➽ Kiwi
➽ Oren

➽ Betik (yang bergetah lagi jangan dicoba-coba ya)
➽ Delima
➽ Tembikai

➽ Honey dew (orang ada asma elok elakkan)
➽ Pear

3. Ubi
4. Bijirin (cereal)
5. Kekacang. Kacang badam baik untuk ingatan yang kuat
6. Daging – Lembu, Ayam, Kambing
7. Telur
8. Susu dan Makanan / Minuman Berasaskan Susu
9. Makanan Dari Laut (Seafood)
10. Vitamin dan Multi Vitamin

Nah… itulah senarai bahan makanan yang perlu dielak dan diamalkan oleh si ibu yang mengandung untuk kebaikan bayi juga ibunya.

Sekarang mari lihat pula dari sudut kerohanian.

Anak Cerdik dan Surah Amalan

Rujukan:-
e. Benarkah Kebijaksanaan Seseorang Terbentuk Sejak Ibu Mengandung?
f. Anak Pintar, Soleh dan Solehah Atau Kurang Ajar Itu Semua Satu Kebetulan?


Membaca dan Mengamalkan Itu Tidak Sama

Mulakan dengan yang mudah dan senang dahulu. Dapatkan momentum yang berterusan. Lepas tu yang berat pun akan jadi senang.

1. Menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan. Surah Al-Fatihah sangat banyak khasiat dan kejaibannya. Ini adalah sebahagian dari manfaatnya.

Boleh buat carian tentang cara perlaksanaan untuk tujuan tertentu. Banyak artikel yang berkaitan dengan fadhilat Surah Al-Fatihah dalam internet.

2. Perlindungan untuk ibu dan anak dari gangguan yang bukan-bukan. Amalkan setiap malam sebelum tidur.
- Surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, dan Ayat Kursi.

3. Doa memohon kerahmatan dan hati yang tidak berbolak-balik. Doa ini sering dibaca dengan beberapa doa lain setelah selesai solat.
- Ali Imran, ayat 8

4. Doa untuk mendapatkan zuriat yang baik (soleh dan solehah)
- Ali Imran, ayat 38

5. Agar anak yang dilahirkan peka dengan keadaan sekelilingnya, terutama terhadap ibu-bapa. Bersikap rajin dan berdisiplin (membawa erti kesyukuran)
- Surah Al-Nahl, Ayat 78

6. Doa agar anak rajin mengerjakan solat juga memohon keampunan untuk diri dan kedua ibu-bapa.
- Surah Ibrahim, Ayat 40-41

7. Doa agar ibu-bapa kepada si anak dan anak itu patuh kepada perintah Allah
- Surah Al-Baqarah, Ayat 128

8. Doa agar diberikan zuriat yang memberikan ketenangan hati
- Surah Al-Furqan, Ayat 74

Selain doa pendek yang boleh dihafal dan dimengertikan sedalam-dalamnya, banyak lagi surah yang boleh dibacakan selalu untuk anak yang bakal dilahirkan. Termasuk Surah As-Sajdah dalam gambar di atas tadi.

Membaca Surah Yusuf agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.

Manakala Surah Maryam untuk memudahkan si ibu bersalin dan mendapat anak yang taat dan penyabar.

Surah Luqman Ayat 34:

إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. {Surah 31: Ayat 34}

Kesimpulan

Mudah-mudahan artikel ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada ibu-ibu mengandung. Dari sudut pemakanan untuk kesihatan, kecerdikan dan kerohanian bayi.

Sihat ibu sihatlah bayi…

Atau juga kepada yang bakal mengandung. Sebagai persediaan ketika mengandung nanti. Insya’Allah anak yang bakal dilahirkan memenuhi cita rasa dan impian si ibu bapanya. Aamiin…

Tiada ulasan