Resepi Laksa Utara Dari Orang Perlis Yang Tinggal Di Bangi - Food, Baby & Recipe -->

Header Ads

Resepi Laksa Utara Dari Orang Perlis Yang Tinggal Di Bangi

Laksa Penang disenaraikan pada tempat ke-26 sebagai makanan paling sedap oleh CNN pada tahun 2011. Tapi bagi aku Laksa Utara memang sedap belaka. Laksa Kedah yang paling aku suka.
Laksa-Utara-Merangkumi-Laksa-Penang-Laksa-Kedah-Laksa-Perlis-Laksa-Perak
Gambar: FB Haffis Malik

Laksa Penang disenaraikan pada tempat ke-26 sebagai makanan paling sedap oleh CNN pada tahun 2011. Tapi bagi aku Laksa Utara memang sedap belaka. Laksa Kedah yang paling aku suka.

Post Aku Kali Ini Tentang Laksa. Kenapa Dengan Laksa Dan Apa Keistimewaannya?

Laksa ada bermacam jenis. Tak sama rasa, sedap, atau aromanya. Walaupun namanya sama. Bila nama berlainan sudah tentu rasanya juga sangat berbeza.

Ini kerana cara membuat dan pengunaan perencah resepinya yang berbeza. Hanya yang sama ialah laksa itu sendiri sebagai bahan utama. Kuahnya yang memberikan rasa laksa itu berbeza... malah identiti pembuatnya.

Laksa Penang, Laksa Kedah dan Laksa Perlis mempunyai kriteria yang hampir sama, iaitu kuah “asam laksanya.” Dengan ikan sardin atau kembung sebagai antara bahan asas untuk kuah.

Laksa Johor, Laksa Terenggaru atau Laksa Kelantan mempunyai citarasa yang sangat berbeza pula. Sama juga dengan laksa yang dibuat oleh orang Cina atau lebih dikenali sebagai Laksa Nyonya.

Sekira anda seorang student yang sedang buat project paper pasal laksa, boleh rujuk “Sejarah dan Jenis-Jenis Laksa” untuk kepelbagaian jenis dan resepi laksa yang ada di Asia Tenggara.

Dalam artikel ini aku hanya mahu fokus kepada Laksa Utara. Tanpa spesifik kepada Laksa Kedah, Laksa Perlis, atau pun Laksa Penang. Laksa Perak mungkin sama jer, tapi dipanggil  Laksa Kuala, yang merujuk kepada Bandar DiRaja Kuala Kangsar.

Laksa Utara

Resepi ini aku ambil dan ubah suai dari posting Facebook milik Haffis Malik. Sebabnya ialah selepas aku balik dari pekena laksa, balik rumah buka FB keluar gambar yang kat bawah ni.

Laksa-Utara-Merangkumi-Laksa-Penang-Laksa-Kedah-Laksa-Perlis-Laksa-Perak
Gambar:- FB Haffis Malik

Godek-godek, resepinya pun ada. Kebetulan pula dah agak lama aku tak update blog resepi ni, so… memang satu kebetulan yang sangat baik. Last update pasal masak gulai ayam dengan cepat.

Bahan dan Resepi Laksa Utara Dari Haffis Malik

❖ 1.5 kg ikan kembung dan ikan sardin. Segar punya. [Boleh gunakan nisbah 1kg ikan kembung dan 0.5kg ikan sardin.*]
❖ Garam kasar (garam halus yang biasa itu pun boleh, masin juga. Cuma khasiatnya berbeza iaitu kandungan Calcium, Iodine, Magnesium dan Natrium.)

❖ 3 liter air
❖ 7-10 keping asam keping (dari buah asam gelugor).
    ➤ 3-4 keping digunakan ketika merebus ikan.
    ➤ 2-3 keping untuk membuat kuah laksa.
    ➤ 2-3 keping untuk dimasukkan dengan rebusan laksa kering.

Kalau ada yang tak kenal macamana rupa asam gelugur dan asam keping, sila scroll dan lihat gambar di bahagian bawah artikel.

❖ Segengam cili kering.
❖ 3-4 labu bawang besar dipotong/belah sesuai untuk dikisar dengan blender. [Bawang besar bukan dari jenis Holland punya tapi India mari. Lebihkan bawang kepada 5-6 labu pun tak apa kerana ia akan menambahkan lagi kesedapan*].

❖ 1 inchi belacan (saya guna belacan Tanjung Dawai / Kuala Perlis. Tapi kalau tak ada hentam saja, asalkan belacan, OK. Bakar bahagian yang nak digunakan.

[Tapi sekiraya sensitive dengan belacan disebabkan ada resdung, jangan guna. Dan keaslian laksa pun sedikit terkorban. Tak apa… sebab perencah utama ialah dari ikan. Belacan hanya sebagai penambah rasa.*]

❖ 2 kuntum bunga kantan. Setiap satu dibelah 4.
❖ 1-2 ikat daun kesum [5-10 tangkai sederhana panjang iaitu 5-6 inci*].

❖ 1 kg laksa kering – [kalau boleh carilah jenama yang Muslim punya. Eka tu bukan. Lihat bahagian bawah untuk gambar brand laksa.*]

Nota: 
1. Ibu bapa CikPuan Haffis Malik (saya dalam artikel ini) dari Perlis dan beliau dilahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Resepi ini diajarkan oleh ibunya.

2. Yang bertanda [____*] di atas adalah tambahan dari dari aku, Emjay Redha, editor dan penambah perisa pada artikel ini.

Penyediaan Ikan Untuk Kuah Laksa Asam

Bersihkan ikan-ikan tadi, masukkan dalam periuk kemudian masukkan air keparas ikan sahaja. Masukkan garam secukup rasa.

Diikuti dengan 3-4 keping asam keping. Rebus sehingga ikan masak.

Keluarkan ikan dari periuk dan dengan menggunakan sudu, asingkan isi dari tulang.

Simpan air rebusan ikan. Periuk dan air rebusan akan diguna lagi untuk peringkat seterusnya.

Keluarkan asam keping dari air rebusan ikan. Asam keping baru akan dimasukkan ketika membuat kuah laksa.

Kisar isi ikan dalam blender dengan sedikit air, sekadar membolehkan blender berfungsi dengan baik. Maksudnya, jangan telalu cair.

Selesai mengisar, terus tuang masuk ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ikan tadi.

Tulang yang diasingkan tadi juga diblend, sama seperti mengisar isi ikan. Giliran kepalanya akan menyusul.

Keluarkan tulang yang sudah dikisar dan tapis bagi mengasingkan tulang yang masih kasar.

Sekarang giliran untuk kepala pula. Juga tapis dan buang tulang kepala yang kasar dan tajam tu. Tak buang, ada pula yang tercekik nanti.

Membuat Kuah Asam Laksa

Potong cili kering dan direbus atau memadai merendam dengan menggunakan air panas dari boiler atau penapis air yang ada air panas.

Kalau tak suka dengan bijinya, boleh diasingkan menggunakan penapis kasar setelah rendaman sejuk.

Dengar kata orang biji cili boleh mengakibatkan penyakit appendix kerana biji cili boleh melekat di situ. Betul ke?

Biji cili memberikan kepedasan extra manakala isi cili memberikan perisa dan pedas sederhana.

Masukkan cili yang sudah bersih ke dalam blender bersama bawang besar yang sudah dipotong kasar dan juga belacan.

Sebaiknya belacan dibakar terlebih dahulu kerana ia memberikan aroma yang lebih enak.

Setelah bahan kisaran menjadi halus, terus tuang masuk ke dalam periuk yang ada air rebusan ikan tadi. Masukkan juga 2 keping asam keping yang baru, bunga kantan, dan daun kesum.

Rebus sehingga mendidih diikuti dengan memasukkan garam secukup rasa. Ketika ini kalau nak tambah ajinomoto pun boleh… tapi saya tak letak pun dalam masakan kuah laksa saya.

Cara Penyediaan Laksa

Sambil menunggu kuah laksa tadi masak, boleh lah mulakan rebusan laksa. Selalunya saya akan rendam laksa tu malam sebelum tidur. Iaitu bila saya dah ada perancangan nak masak laksa keesokan harinya.

Masukkan laksa yang sudah direndam bersama asam keping, 2-3 keping ke dalam periuk. Rebus sehingga laksa masak elok.

Toskan laksa, kemudian lalukan air paip supaya laksa tu stop cooking. Biar laksa tu dalam penapis supaya air semua sejat dengan elok.

Hiasan dan Penambah Rasa Laksa

Macam biasa… laksa utara selalunya ada perencah sampingan seperti telur rebus, timun yang dipotong nipis dan halus, bawang besar dipotong nipis, cili segar (merah atau hijau) juga dipotong nipis, limau nipis / limau kasturi, dan daun selom.

Pada sesetengah orang, Petis Udang digunakan sebagai bahan tambahan pelengkap rasa. Terpulanglah nak guna ke tidak… jangan sampai terangkat-angkat sudah, bila terlajak sedap laksanya.

Juga, kalau nak lebih lagi, boleh ditambah dengan daun salad dan nenas potong. Alamak… mengalir pula air liur aku sambil menaip ni… adeh.

OK... bahagian resepi laksa sudah tamat. Bahagian bawah ini pula lebih kepada maklumat tambahan. Kalau nak pergi sekarang, mohon tekan 1 butang kat bawah ni. Boleh, kan?

Boleh Tempah Laksa Utara Dari Haffis Malik Sekiranya Anda Tinggal Di Bandar Baru Bangi

CikPuan Haffis Malik mengambil tempahan untuk penghantaran, hanya untuk kawasan Bandar Baru Bangi.

Harga sebungkus (ketika artikel ini ditulis, 4-9-2018) ialah RM 7 dan ditambah caj penghantaran sebanyak RM 3.

Tak pasti kalau beli 10 bungkus pun caj penghantarannya RM 3 atau jumlah RM 10 untuk setiap bungkus yang dihantar.

Mohon berhubung terus dengan beliau. Klik sini ⇒ Haffis Malik untuk tanya harga atau apa saja yang berkaitan.

Nota:- Laksa Utara Haffis Malik ini tidak ada kena mengena dengan aku. Aku hanya mengedit dan post pada blog aku ini sebab ianya memberikankan ingatan pasal laksa.

Dari tak pernah suka sehingga menjadi makanan rutin malah seakan wajib setiap kali berjalan ke utara. Kalau tak ke utara tak kisah sangat dengan laksa ni.

Tempat Makan Laksa Sedap Punya

Laksa Teluk Kechai adalah tempat di mana aku mula diperkenalkan dengan Laksa Utara. Atau lebih tepat Laksa Kedah. Sewaktu mahu ke Langkawi beberapa tahun lepas.

Laksa-Kedah-Teluk-Kechai
Laksa Kedah Teluk Kechai. Gambar:- KLIK Wanita Ini Mempunyai Daya Tarikan Semula Jadi

Kemudian aku dibawa pula mencuba Laksa Sedap Kak Ani, di Jalan Hutan Kampung, Alor Setar sewaktu balik dari Langkawi.

Sekarang ni Laksa Ikan Sekoq sangat popular di Kedah. Melaka ada? He he he… mana ada. Yang ada Laksa Penang di Dataran Pahlawan tu lah. Boleh lah untuk melepaskan gian.

Laksa-Kedah-Kak-Ani-Hutan-Kampung
Gambar:- Laksa Kak Ani Hutan Kampung oleh nazira-story.blogspot.com

Gambar Rujukan – Buah Asam Gelugur

Pada yang tinggal di Bandar, aku rasa ada kemungkinan mereka yang tak pernah melihat atau kenal dengan asam gelugur. Lepas tengok gambar bawah ni, tahu lah… ek?

Buah-Asam-Gelugur-Buat-Asam-Keping-Untuk-Asam-Laksa
Gambar:  FB Puteri Cahaya Purnama

Asam Keping dari Buah Asam Gelugur dan Jangan Kurang Asam Ya…

Asam keping dalam gambar di bawah ni agak unik. Digubah dan dijadikan dalam bentuk bunga.

Mungkin sebagai hiasan hantaran pertunangan atau perkahwinan. Apakah mesej yang mahu disampaikan? “Jangan kurang asam?”

Sebabnya bila kurang asam, laksa utara jadi kurang sedap. Kalau ikan pula, terutama ikan air tawar akan berbau hanyir dan berlendir bila kurang asam.

Asam-keping-bukan-sahaja-untuk-Asam-Laksa tetapi-hantaran-perkahwinan
Gubahan Asam Keping. Sumber Gambar Tak Ada Dalam Catitan. TQ pada pemiliknya.

Contoh Jenama Laksa

EKA ialah jenama laksa juga berbagai jenis noodle lain. Sangat popular kalau tak silap aku.

Masih ingat cerita viral Bihun Cap Masjid?

Kalau tak tahu, boleh Google jer. Ada kisah kontroversi pasal bihun atau noodle yang bukan buatan Muslim ni. EKA pun terlibat? Cuba lah cek kat internet, ada ke tidak.

Laksa-dari-EKA-Foodstuff
Gambar:- EKA Foodstuff Sdn. Bhd.

Gambar bawah ni pula ialah contoh jenama laksa yang patut kita sokong.

Sebabnya?

Orang lain (CaYaNunAlif) tak akan membeli produk selain dari produk yang dikeluarkan oleh bangsa mereka. Kecuali diwaktu kecemasan. Tak beli boleh mengakibatkan dia mampus, maka waktu itu dia beli lah.

Hanya bangsa kita yang selalu terhegeh-hegeh malah adakalanya sangat berbangga bila beli produk bukan dari bangsa sendiri. Kalau tak ada, itu lain cerita lah…

Laksa-Sufi-ada-di-Ideal-Halal-Mart
Laksa Kering. Gambar: IDeal Halal Mart

Laksa-Nureys-and-Hajar-Brand
Laksa Nureys and Hajar

Keistimewaan Laksa

Tak kira laksa utara atau Johor atau mana-mana sekali pun, resepi laksa boleh dikatakan makanan yang sihat. Ini kerana banyak jenis ramuan herba yang digunakan.

Selain memberikan kesedapan, herba-herba ini mengandungi zat yang membantu mengelakkan penyakit tertentu. Malah membantu tubuh untuk kuat gagah perkasa jika diamalkan selalu.

1 ulasan: