Mee Kari SajiMee Telur Gedik. Makanan Sihat? - Food, Baby & Recipe -->

Header Ads

Mee Kari SajiMee Telur Gedik. Makanan Sihat?

Gadis belasan tahun ini memakan mee segera selama 13 tahun. Mempunyai tahap kesihatan seperti orang berumur 80an. Mee segera sedap dan mudah disediakan tetapi bukan amalan pemakanan sihat.
ramen-instant-noodle-is-reported-as-not-a-healthy-food
Ini bukan Mee Segera Telur Gedik. Tetapi Ramen. Gambar:- Why instant noodles are bad for your health

Mee Segera Mudah Disediakan Tetapi Bukan Amalan Pemakanan Sihat

Mee segera. Boleh dikatakan semua orang pernah makan. Sebabnya mungkin kerana sedap dan ketagihan, sibuk dan kecemasan lapar, bangun tengah malam semua makanan sudah habis, yang duduk di asrama malas atau terhalang untuk keluar, atau keadaan bajet yang memaksa.

Memang sudah diketahui mee segera ini tidak berapa elok untuk kesihatan. Terutamanya pada ibu mengandung dan kanak-kanak. Tetapi, mungkin kerana salah satu sebab di atas, ianya dimakan juga.

Tak mengapa kalau sekali sekala. Selalu sangat atau berlebihan akan memudharatkan kesihatan dan boleh mengundang berbagai penyakit kronik. Seperti juga macam makan makanan yang lain, ubat sekali pun.

Aku makan mee segera ini disebabkan ketagihan. Sebulan sekali. Dalam setahun paling banyak pun aku makan tak sampai 20 kali.

Kali terakhir aku makan mee segera ialah dari brand Sajimee pada awal bulan Julai. So sudah hampir 2 bulan. OK lah… tak lah terlalu teruk sangat ketagihan aku.

Kalau dulu aku tulis pasal Mee Segera Sajimee Masak Sotong Special kali ini Mee Segera Sajimee Dengan Telur Gedik.

Telur gedik? Macamana tu? Apasal namanya telur gedik?
OK… meh tengok gambar-gambar kat bawah ni. Senang nak cerita dan senang difahami.

Selain resepi buat mee kari telur gedik, dicoretkan juga hal kesihatan yang membabitkan mee segera apabila ianya dimakan secara berlebihan.

Moga artikel ini dapat memberikan sesuatu yang bermanfaat, selamat membaca.

Resepi Bergambar Cara Masak Mee Segera Telur Gedik

Semua orang tahu macamana nak memasak mee segera. Tambah-tambah lagi yang guna hot cup tu.

Buka penutupnya, masukkan perencah, masukkan air panas dan tutup semula. Biarkan 5 minit untuk mee kembang… kacau sikit-sikit, dah siap.

Tapi yang ini dengan telur gediknya ada sikit kelainan. Dan sudah tentu rasanya juga berbeza. OK… meh tengok.

Tumis-bawang-besar-dan-bawang-putih-untuk-masak-mee-segera-telur-gedik
Langkah 1. Gunakan sesudu besar minyak, tumis bawang besar separuh biji dan seulas bawang putih yang dipotong nipis.

Tumis-bawang-besar-dan-bawang-putih-untuk-masak-mee-segera-telur-gedik
Langkah 2. Sambil kacau dengan sudip tumis sehingga bawang kekuningan.

Tumis-bawang-besar-dan-bawang-putih-dan-perencah-masak-mee-segera-telur-gedik
Langkah 3. Perlahankan api dan masukkan perencah kari Sajimee.

Tumis-bawang-besar-dan-bawang-putih-dan-perencah-masak-mee-segera-telur-gedik
Langkah 4. Kacau sekejap supaya rempah perisanya masak dan mengeluarkan bau harum kari. Sebentar lagi akan dimasukkan ¼ gelas air.

Tumis-bawang-besar-dan-bawang-putih-dan-perencah-masak-mee-segera-telur-gedik
Langkah 5. ¼ gelas air dimasukkan. Tumis sehingga keluar minyaknya. Tambahan satu gelas air akan menyusul.

Kuah-untuk-mee-segera
Langkah 6. Kesemua 1 ¼ gelas air sudah dimasukkan. Besarkan apinya.

Masak-mee-segera-telur-gedik-bermula
Langkah 7. Masukkan mee segeranya.

Mee-segera-mendidih-tapi-tak-mahu-lurus
Langkah 8. Biarkan mendidih untuk seminit dua.

Tutup-kuali-cepat-masak
Langkah 9. Tudung supaya suhu melebihi 100° C untuk mendapatkan masakan yang sempurna.

Telur-tidak-dipecahkan-biar-dia-gedik
Langkah 10. Masukkan telur. Sekiranya telur kuning mahu dikekalkan lembut, masukkan telur lambat sedikit ketika mee sudah betul-betul masak.

Ia akan menggedik dan meleleh. Tapi aku lebih suka telur kuningnya masak. Maka kegedikan dan kemelelehannya pun kurang atau terhapus.

Mee-segera-sudah-naik-stim
Langkah 11. Kegedikan telur terhapus apabila isi kuali dikacau. Nampak stimnya tak? Ya… macam kabus tu. Mee sudah stim ni. Sekiranya tidak dikacau, telur kuning akan tetap bulat. Menggedik-gedik dan meleleh bila dicucuk dengan garpu / sudu.

Sudah-masak-mee-segeranya
Langkah 12. Telur yang kegedikkannya sudah dihapuskan. Masih ada sikit saki-baki, sebab telur kuningnya tak keras sangat.

Nampak-sedap-dan-memang-sedap-mee-segera-masak-telur-gedik
Langkah 13. Siap untuk dimakan. Kalau nak yang lebih berkhasiat, masukkan ayam yang sudah dimasak seperti lebihan dari gulai atau sup.

Juga sayuran seperti kangkung, buah tomato, atau sawi dan togeh. Ikut selera lah... yang ini aku hanya guna bawang putih, bawang besar dan telur ayam yang gediknya dihapuskan.

Mee-segera-sajimee
Langkah 14. Jemput makan eh… Kesan dari tumisan bawang dan perencah memberikan aroma yang berlainan berbanding jika mee kari segera ini hanya direbus atau dituang dengan air panas sahaja.

berbagai-jenis-dan-brand-mee-segera
Antara brand popular Mee Segera termasuklah SajiMee, Cintan, Mamee, Adabi, AgroMas, Mama.

Mee Segera Mudah Dimasak Tetapi Bukan Makanan Kesihatan Malah Membahayakan

1. Mee segera tidak baik untuk kanak-kanak kerana kajian terhadap penghadaman menunjukkan mee segera lambat untuk dihadam berbanding dengan makanan ruji. Ini adalah hasil kajian yang menggunakan kamera yang dimasukkan kedalam usus untuk melihat perbandingan penghadaman.

Selepas 2 jam, rupa bentuk mee segera masih sangat hampir dengan bentuk asal manakala mee biasa sudah hampir habis dihadamkan oleh usus.

Penghadaman yang tidak sempurna bukan sahaja tidak sihat untuk kanak-kanak, malah orang dewasa juga. Terutama sewaktu bekerja. Mengantuk dan tidak produktif. Kerana perut perlu bekerja lebih teruk untuk menghadam.

Makan mee segera sebelum tidur kerana tiada lagi makanan yang lain, mungkin baik. Ya… baik untuk tidak kelaparan dalam tidur.

2. Bahan kimia “Bisphenol A (BPA) adalah sejenis bahan yang digunakan untuk membuat Styrofoam. Ianya juga digunakan dalam proses pembuatan mee segera. Ia mengganggu fungsi hormone estrogen wanita.

Risiko seperti “cardiometabolic syndrome” boleh terbentuk yang membawa kepada penyakit jantung, kencing manis dan juga angin ahmar (stroke).

3. Gangguan BPA sangat ketara kepada wanita berbanding lelaki. Ketidak-setabilan hormone boleh mengakibatkan keguguran. Ini kerana pertumbuhan bayi yang tidak sihat dan terencat.

4. Kerosakan kepada organ dalaman. Seorang gadis dilapurkan hanya memakan mee segera (ramen) selama 13 tahun. Ini kerana dia tidak mempunyai selera terhadap makanan lain selain ramen.

Tahap kesihatannya diibaratkan sama dengan seorang yang berumur 80 tahun. Banyak organ dalamannya rosak.

Usianya dikatakan akan menjadi singkat (cepat mati). Manakala IQnya rendah dan dia terdedah kepada risiko tinggi untuk mendapat sakit jantung, sakit buah pinggang, darah tinggi, dan penyakit tulang (osteoporosis).

Gadis-ini-makanan-rujinya-ialah-mee-segera
Nampak cun jer awek ni, eh? Gadis ini makanan hariannya ialah Mee Segera. Dilapurkan kesihatannya seperti orang berumur 80 tahun.

5. Sejenis bahan kimia dari wax “Propylene Glycol” digunakan sebagai bahan pengawet. “Tertiary-Butylhydroquinone” (TBHQ) bahan dari petroleum juga sering digunakan.

Terlalu kerap memakan mee segera akan menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko penyakit yang disebutkan di atas.

Toxin tak sempat di buang dari usus lalu berkumpul dalam system badan. Obesiti sering dikaitkan dengan toxin dalam perut.

Benarkah Mee Segera Hanya Ketika Bajet Ketandusan?

RM50-semangkuk-mee-segera-maggi-dengan-ketam
RM50 semangkuk berketam... 

Memakan mee segera sewaktu ketandusan bajet seperti di asrama, itu biasa. Tetapi ketagihan bagi yang biasa memakannya tidak menunggu kekurangan duit.

Ramai orang makan mee segera dalam berbagai bentuk hidangan di restoren. Samada goreng, sup atau dicampurkan dengan sayuran dan makanan laut seperti udang atau ketam.

Dilaporkan bahawa satu keluarga dikenakan RM50 untuk semangkuk mee segera Maggi di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Jadinya…kalau dah gian sangat ketagih nak makan, makan jer lah. Cumanya jangan berlebihan.

Kerana apa juga yang diambil secara berlebihan termasuk ubat-ubatan akan memberikan mudharat kepada kesihatan.

Sudikan tekan butang di bawah dan kongsikan andainya artikel ini telah memberikan sesuatu manfaat. Terima kasih.

1 ulasan:

  1. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..😉

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    BalasPadam