Sup Ayam Ikan Masin. Apa Yang Bestnya? - Food, Baby & Recipe -->

Header Ads

Sup Ayam Ikan Masin. Apa Yang Bestnya?

Ikan kering ada masanya sangat istimewa. Tak perlu tunggu duit kering baru nak ingat ikan kering. Makan nasi bersama sup ayam sangat sedap jadinya bila disertakan ikan masin goreng dari jenis Terubuk atau Belanak.
Ikan-kering-masin-sedap-digoreng
Ikan Berkepala Dua

Ikan kering ada masanya sangat istimewa. Tak perlu tunggu duit kering baru nak ingat ikan kering. Makan nasi bersama sup ayam sangat sedap jadinya bila disertakan ikan masin goreng dari jenis Terubuk atau Belanak.

Ikan Berkepala Dua Petanda Hujung Bulan?

Kemunculan gambar ikan berkepala dua satu ketika dulu sering dikaitkan dengan hujung bulan.

Adakah ianya bermaksud hanya mampu makan ikan kering atau ikan masin sewaktu duit sudah kering menunggu gaji?

Dan adakah ianya juga bermaksud ikan kering itu hanya layak untuk orang miskin dan tak berduit?

Atau yang biasa berduit tiba-tiba kekeringan? Kering duit lalu makannya berlaukan ikan kering saja?

Mungkin betul… mungkin juga tidak.

Tapi bagi aku, ikan kering ada masanya sangat istimewa. Dan tak perlu tunggu duit kering baru nak ingat ikan kering.

Ikan Kering atau Ikan Masin Bersama Sup Ayam

Makan nasi putih dengan sup ayam atau pun sup tulang rusuk menjadi sangat sedap bila disertakan dengan ikan kering atau ikan masin yang digoreng.

Buktinya dalam gambar kat bawah. Bersebelahan mangkuk sup ayam tu ialah ikan masin goreng dari jenis Belanak dan Terubuk Sarawak. Tapi bukti “sedapnya” tak mampu nak dipotretkan.

Ikan-Masin-menyedapkan-Nasi-Bersama-Sup-Ayam
Sup Ayam Sempoi Bersama Ikan Masin Goreng

Gambar di bawah ini nampak sikit jelas kedua-dua jenis ikannya. Tapi masih kurang terang. Bukan apa, nak sorokkan yang ikan tu kualiti gorengannya tak berapa cun. He he…

Tak lah, kamera yang jenis kokak punya.

Heh… sudah lah, tak pandai ambil gambar kamera pula yang disalahkan… ek?

Tapi… sedap tetap sedap bila nasi dah bercampur dengan sup ayam ikan masin masuk dalam mulut. Cumanya, kalau setiap hari menu yang sama… haaa… sendiri mau ingat lah.

ikan-masin-belanak-dan-terubuk-yang-digoreng-mengiringi-sup-ayam
Campuran Ikan Belanak dan Terubuk Masin Goreng

OK… gambar yang betul-betul cun, kat bawah ni ha. Tapi orang lain punya… sebagai hiasan dan nampak sangat sedapnya, kan?

Ikan-Terubuk-masin-Sarawak-digoreng-bersama-cili-dan-bawang-besar
Ikan Terubuk masin Sarawak digoreng bersama cili dan bawang besar. Sedapnya... Gambar dari bicaraneem.blogspot.com

Itulah ikan Terubok Sarawak. Siap dengan cili, bawang dan asam limau nipisnya. Seperti ikan masin Belanak [kenapa tak dinamakan Belamak atau Belayah?], ikan masin Terubuk Sarawak digoreng dengan sisiknya sekali.

Sedap pulak sisiknya tu… ikan lain kena buang sisiknya.

Kalau ada yang tak kenal macamana rupa ikan Terubuk… ini gambarnya.

Ikan-Terubuk-masin-Sarawak
Terubuk Masin Sarawak. Gambar dari ms-my.facebook.com


Ikan Masin Tak Semestinya kering, Tetapi Ikan Kering Selalunya Masin

Gambar ikan dua kepala paling atas tadi ialah ikan kering. Dan sudah tentu ianya masin. Tapi ikan masin tak semestinya kering. Macam gambar kat bawah ni.

Ikan-Mackerel-masin-yang-diminyakkan-dalam-botol-dan-dari-plastik
Ikan Masin Yang Tidak Dikeringkan. Gambar dari Maangchi dan Cannundrums

Masa belajar dulu, tak jumpalah ikan masin kering di kedai berdekatan. Gian… kena beli yang basah. Dalam plastic yang di-vacuum-kan. Atau dalam minyak yang dibotolkan.

Biasanya dari jenis Mackerel.

Kalau dah telampau gian sangat dengan ikan kering dan makanan Malaysa seperti Belanak, Ikan Kembung, Kerang, buah durian, dan berbagai jenis makanan yang boleh didapati di pasar malam, terpaksa drive beratus kilometer cari kat kedai Siam, Taiwan, atau kedai Vietnam.

Panggilan tak rasmi kedai-kedai jenis ini ialah “Asia Market”. Ikan kering belanak macam dalam gambar kat bawah ni pun ada. Dia orang import.

Sediakan duit saja. Mahal nak mampus. Kerang sebiji US 25 sen. Tapi besar lah. Ikan kembung keras dengan ais itu pun sekor $1.

Ikan-belanak-masin-sedap-bila-digoreng
Ikan Kering Belanak. Gambar:- www.keluarga.my

Resepi Sup Ayam Super Ringkas

Sup ayam dalam gambar ni sangat mudah dibuat. Tak ada sukatan atau protocol SOP yang diikuti.

Sup-ayam-resepi-mudah-dan-ringkas
Sup ayam resepi mudah tanpa SOP

Selepas menumis bawang putih, halia dan bawang besar yang dipotong nipis, ayam setengah ekor yang siap dibersihkan dimasukkan dalam periuk.

Kacau sekejap, masukan air. Juga campakkan kentang dan ubi karot. Nak bersegi atau nipis malah panjang sekali pun tak ada hal. Semua tetap saja masak dan jadi lembut bila dah siap.

Bagi yang dah pakar semua main campak jer. Air pun main tuang. Tak ada sukatan. Tengok paras, dia sudah tahu.

Selepas mendidih untuk 10 minit, rasakan garamnya. Tambah garam jika perlu. Kemudian masukkan daun sup. Habis cerita… selesai.

Kalau ikan masin sudah siap digoreng, nasi pun sudah ditanak… apa lagi? Balun lah. Sekali-sekala makan nasi putih dengan sup bertemankan ikan masin goreng ni memang sangat ngam.

Resepi Sup Ayam Ikut SOP dan Berkhasiat Tambahan

Untuk resepi masakan sup ayam yang penuh dengan tatacara dan SOPnya… silakan klik pada gambar di bawah. Atau KLIK sini:- Resepi Sup Ayam Yang Harum, Enak dan Berkhasiat.

Resepi-Sup-Ayam-Yang-Harum,-Enak-dan-Berkhasiat
Klik dan lihat Resepi Sup Ayam Yang Harum, Enak dan Berkhasiat

Bila dan pandai… nak mudah dan cepat atau penuh berkhasiat sambil pejam mata pun boleh. Tak kira yang berbunjut atau guna rempah ratus olahan sendiri.

Bila ada ikan masin yang mengiringi… dicampur pula dengan sambal belacan, memang sedap gila makan nasi. Mak mertua lalu kat belakang pun tak nampak dah. Insanely delicious. Kalau belum pernah, cuba lah.

Sudikan tekan butang bawah ni dan kongsikan ke wall sendiri... Terima kasih kerana baca sampai sini. Jumpa lagi... selamat makan!!!

Tiada ulasan