Kenapa Ada Orang Boleh Mendapatkan Apa Yang Mereka Mahu?
Gambar hiasan dari CCTV News |
Hari Minggu Yang Tiada Hala Tuju
Hari ini hari minggu dan aku masih belum menjamah apa-apa makanan. Hanya minum secawan kopi O. Cuti... walau pun aku tak punya boss. Tak perlu report pada sesiapa. Nak sambung kerja sudah ada rasa malas. Badan perlu diberikan rehat. Baru otak boleh sambung menghasilkan sesuatu yang hebat.“Heh… hebat? Kau sorang jer lah yang rasa macam tu… perasan. Syiok sendiri.”
Tapi aku masih tercari-cari. Cuti ni aku nak buat apa? Nak makan apa? Nak makan di mana? Masak sendiri atau makan di luar. Di luar pula nak makan di mana dan kedai mana?
Errrmmm... kalau kena cendol durian, best juga. Sekadar angan-angan tapi tiada tindakan. Tiada susulan.
Ya … aku tidak mempunyai apa-apa perancangan terlebih dahulu. Hanya tahu hari ini aku mahu bercuti. Tak mahu membebankan otak aku dengan hal kerja. Kerja tak akan habis sampai bila-bila.
So… aku biarkan apa saja nak berlaku mengikut keadaan dan mood aku macamana. Pendekatan aku hari ini sangat berbeza dari kebiasaan. Tak ada tujuan, tak ada misi lalu tak ada perancangan.
Mengikut Arus?
Ibarat kiambang dipermukaan… biar hanyut ke mana saja mengikut arus.Apabila aku punya tujuan tertentu, perancangan dibuat, diikuti dengan langkah tindakan yang perlu diambil. Jadualnya ada. Bila bermula dan bila berakhir.
Tak menjadi… adjust di mana perlu. Dan buat lagi.
Dari pagi sehingga ke masuk waktu Zohor aku hanya baring bermalas-malasan. Rehat. Kemudian aku mula rasa bosan. Sungguh pun badan dapat rehat, tapi masa aku terbuang begitu saja.
Rehat tidak semestinya dengan tidur. Sambil bercucuk tanam atau kemaskan halaman mengeluarkan peluh sebenarnya lebih baik dan menyihatkan. Darah berjalan dengan baik. Buang toksin. Jantung sihat. Malam pasti boleh tidur nyenyak.
Masalah aku bermula apabila tidak set tujuan hari cuti aku terlebih dahulu. Bukanlah sesuatu yang “big deal” sangat… tetapi ia memberikan satu pengajaran.
Meneroka
Selepas Zohor, aku pasang niat mahu keluar. Mahu berjalan ke tempat yang belum pernah aku sampai. Atau jalan yang belum pernah aku lalui. Mahu meneroka dan memerhati.Lalu aku sediakan barangan yang sepatutnya dibawa. Mana tahu, kalau-kalau pergi jauh dan terlajak hari. Aku tak perlu tergesa-gesa balik. Aku tak punya boss yang akan bertanya “ke mana menghilang? Kenapa tak lapor diri?”
Siap persediaan… OK... mana mahu dituju? Bukit? Pantai? Kawasan sawah? Tempat peranginan? Kuala sungai tempat orang landing ikan segar?
Aku belum buat keputusan sewaktu menghidupkan enjin kereta. Mahu biar ke mana saja diri ini sampai. Aku hanya mahu berjalan lapangkan fikiran. Lihat alam sekeliling dan mudah-mudahan dapat idea baru.
Aku sampai di persimpangan. Ketika ini keputusan perlu dibuat. Ke kiri? Ke Kanan? Atau terus? Setiap arah akan membawa aku ke tempat yang berlainan. Apa yang akan aku jumpa juga tidak akan sama.
Aku ambil arah terus. Sebab utamanya aku sudah berada dijalur yang tidak sesuai untuk ambil arah kanan atau kiri. Marah orang nanti. Dah lah signal tak bagi. Nasib tak baik kena langgar.
Selang beberapa jam memandu secara santai menikmati pemandangan sekeliling aku berhenti di tempat yang belum pernah aku sampai. Nasib baiknya ialah aku kelihatan serupa dengan penduduk tempatan. Boleh bercakap loghat tempatan. Makanannya juga begitu.
Apa Yang Membuatkan Orang Berjaya Itu Luar Biasa?
Dari kisah singkat di atas… ianya banyak terkait dengan ramai orang. Iaitu, kenapa ramai orang tidak mendapat apa yang mereka mahukan. Impian tidak tercapai. Angan-angan tetap saja tinggal angan-angan.Orang yang berjaya tidak melakukan perkara yang disenarai berikut:-
1. Pemilihan perkataan. Malas. Badan akan terus seronok mendengar perkataan ini. Jika awal-awal lagi sudah disebut “hari ini aku cuti, tapi nak keluarkan peluh, sihat sikit.” Badan akan mengikut lalu kerja senang dibuat.
2. Tidak mempunyai perancangan. Ia juga sebenarnya perancangan secara tidak sengaja. Ia itu merancang tak nak buat apa-apa. Do nothing. So… nothing lah hasilnya.
3. Tanpa tujuan – mengikut arus. Ini sama dengan ramai orang sembang kosong di kedai kopi. Dah beberapa tahun pun pi mai-pi mai tang tu juga. Tujuan hanya “killing the time.”
4. Membuat keputusan dan pilihan jalur perjalanan. Hidup ini adalah satu perjalanan. Akan bertemu dengan simpang dan perlu mengikut jalur (channel) tertentu.
Perjalanan seribu batu itu bermula dengan langkah pertama. Tanpa persediaan awal (minda) untuk ke kiri, kanan atau terus akan menyebabkan kita berada di jalur yang salah ketika di persimpangan.
U-turn memang boleh… tapi akan membuang masa, tenaga dan modal. Mungkin juga terlepas peluang kerana lewat sampai. Sudah disambar orang yang datang lebih awal.
Mindset Orang Berjaya Luar Biasa Itu Berbeza
5. Orang berjaya tahu apa yang dia mahu. Ini syarat utama. Niatnya betul. Keputusan, persediaan, dan penjadualan semuanya berasaskan kepada niat. Tidak melakukan sesuatu hanya kerana “saja-saja” dan mengikut arus. Dia mempunyai pendirian. Berkawan tetap berkawan. Network dan net (jala) yang ada fungsi working.6. Jelas pada mata mindanya apa yang dia mahu dan bagaimana mendapatkannya. Apabila semuanya jelas ia seakan memberi kuasa (power) untuk bertindak. Termasuk menyusun strategi dan taktik bagaimana merealisasikan apa yang sudah dirancang.
Setiap perlakuan mempunyai asas dan membantu mendekati impian. Ia ibarat menyusun bata satu persatu yang akhirnya menjadi sebuah rumah. Bukan main letak. Semuanya ada perkiraan dan bersebab.
7. Berani untuk meneroka sesuatu yang baru. Unchartered water. Peluang tidak datang bergolek. Meneroka membuka minda. Melihat masalah sebagai peluang. Stay relevant dengan kehendak pasaran dan kerenah pelanggan. Selalu bersedia menghadapi segala kemungkinan.
8. Ada lagi ciri-ciri lain. Boleh tambah di ruangan komen. Lain orang lain pengalamannya. Kongsikanlah. Mana tahu ia memberi manfaat pada pembaca lain. Dapat pahala berterusan. Senang jer nak buat kebaikan.
Success = willingness to look for a unique opportunity, however slight, and then executing that opportunity very well.
- Jon
Jom Makan Cendol Durian ABC - FB Ehmed Sobri |
Penutup
Artikel ini merupakan inti (bukan sedutan) kepada kisah yang dipaparkan dalam artikel panjang dengan 3 tajuk di bawah. Kisah yang berkaitan dengan perniagaan restoren dan makanan.➤ Warung Mee Rebus Bawah Pokok Tarik Pelanggan Antarabangsa – Kisah sebuah warung makanan di Serendah Selangor.
➤ Cinta dan Business Boleh Dicampur Aduk? – Kisah layanan di sebuah tempat makan.
Artikel ini memberikan sesuatu? Mohon tekan butang bawah ni. Terima kasih!!!
Thank you for your comments