Benarkah Tidak Dibenarkan Cabut Gigi Bila Ada Darah Tinggi? Kenapa Pula?
Gambar: www.orto.rs |
Mahu Cabut Gigi Tapi Ada Darah Tinggi
Ayah makan nasi lemak dan minum teh tarik. Aku pula ambil roti telur. Memang makanan kesukaan aku, tambahan lagi dengan kari ikan bawal yang panas baru di masak. Air… aku ambil air kosong suam saja.Klinik pergigian Dr. Fadzilah hanya beberapa langkah dari restoren tempat kami bersarapan. Selesai sarapan aku dan ayah terus ke klinik. Pintunya baru saja dibuka. Belum ada pelanggan. Kami orang pertama.
Sambil menunggu ketibaan Doktor Gigi, aku membaca beberapa maklumat flyer yang dilekatkan pada dinding. Ayah pula hanya melayan surat khabar duduk di kerusi tetamu.
Tak Boleh Cabut Gigi Bila Ada Darah Tinggi
Salah satu flyer bertulis ”Adakah anda menghidapi penyakit darah tinggi atau kencing manis (diabetes)?” Maklumat seterusnya menasihatkan supaya pengidap kencing manis dan darah tinggi tidak membuat cabutan gigi sebelum persediaan yang sepatutnya dilakukan.Aku berdiam diri tetapi ada rasa tidak senang hati. Berkemungkinan ayah tidak akan dibenarkan mencabut gigi pada gusinya yang sering sakit. Dia juga mahu memasang gigi palsu.
Tak apalah... tunggu apa kata Doktor nanti. Fikir ku.
Namun dalam benak hati, aku meragui yang ayah akan dibenarkan untuk meneruskan niatnya mencabut gigi.
Setahu aku, ayah tak punya masalah dengan penyakit kencing manis. Tetapi darah tinggi mungkin ada. Bukanlah serius tetapi kegiatannya sehari dua ini boleh menaikkan tekanan darah tingginya.
Semalam dia menolong jiran mengemaskan khemah dan peralatan selepas kenduri. Mungkin ada buat kerja angkat barang berat-berat.
Malamnya pula tidur lewat setelah pulang dari Isya’ di masjid. Entah apa yang disembangnya dengan geng-geng dia di rumah bekas kenduri tu.
Yang aku tahu tidurnya tidak cukup. Subuh puas dikejutkan oleh mak. Tadi dalam perjalanan dia kata kepala ada rasa nyut-nyut-berdenyut.
Kesan Darah Tinggi Apabila Cabut Gigi
Apabila nurse bertanya samada dia ada dua jenis penyakit ni, ayah cakap dia tak menghadapi apa-apa masalah.Aku pujuk ayah supaya mengambil ujian darah tinggi. Waa… bacaannya pada 140/92. Memang tinggi. Sudah masuk tahap risiko tinggi.
Kami pulang tanpa ayah mendapat rawatan cabut gigi. Doktor menasihatkan supaya ambil masa bertenang sebelum datang lagi. Ayah bersetuju tanpa ragu.
Dia perlukan rehat yang baik sebelum datang sekali lagi. Terutama tidur yang cukup dan pemakanan perlu hati-hati.
Semalam mungkin dia ambil terlebih makanan yang mengandungi lemak sewaktu kenduri. Mungkin saja… pada tanggapan aku.
Doktor menjelaskan jika cabutan gigi dibuat apabila tekanan darah melebihi tahap normal ia boleh mengakibatkan darah mengalir dengan banyak. Dan ianya sukar untuk berhenti.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Darah Tinggi Itu?
Darah tinggi ni boleh dikategorikan kepada 5 kategori utama:-1. Normal: Kurang dari 120/80
2. Darah tinggi sedang bermula: 120/80 ke 139/89. Juga bermaksud 120-139 / 80-89
3. Tekanan darah tinggi tahap (1): 140-159 / 90-99. Risiko tinggi.
4. Tekanan darah tinggi tahap (2): 160++ / 100++ Risiko sangat tinggi.
5. Untuk mereka yang berumur lebih dari 60 tahun, tekanan darah tinggi ialah apabila mencapai 150++/90++
Nota:- 120/80 itu bermaksud tekanan systolic (120 mm Hg) sewaktu jantung mengepam darah. Dan 80 itu pula tekanan diastolic (mmHg). Iaitu tekanan darah antara degupan jantung.
Symptoms Atau Tanda-Tanda Mengidap Darah Tinggi
Ada beberapa petunjuk sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit darah tinggi. Antaranya ialah:-- Sakit kepala atau pening. Ini disebabkan oleh tekanan darah melepasi tahap normal. Mungkin ini yang ayah maksudkan, kepalanya berdenyut-denyut.
- Bagi orang yang berkulit putih nampak wajah mereka kemerah-merahan
- Hidung berdarah
- Degupan (debaran) jantung yang kuat
- Tak larat atau cepat penat. Terutama apabila melakukan kerja berat
- Pandangan menjadi kabur
- Kerap kencing.
- Cepat naik angin (marah). Terutama terhadap isu-isu yang tidak digemari. Stress berlebihan tanpa sebab yang munasabah
- Gelap mata atau pitam terus.
8 Faktor Utama Penyakit Darah Tinggi
- Umur
- Kaki botol – banyak minum alkohol
- Jantina
- Keturunan (Genetics)
- Kurang senaman
- Jenis makanan yang sering diambil, terutama tinggi kandungan garam
- Stress
- Lain-lain faktor seperti merokok, berat badan yang berlebihan (obesity), mengidap sakit buah pinggang, gangguan pada adrenal dan thyroid juga meningkatkan risiko darah tinggi.
Cara Mengatasi Atau Mengelak Dari Terkena Penyakit Darah Tinggi
Maksudnya tidak membiarkan faktor yang boleh menyebabkan darah tinggi dan lemah jantung singgah.1. Menjaga (Memilih) Pemakanan (Diet)
Hindari (kurangkan) makanan penyebab darah tinggi terutama yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti ikan masin, pekasam, jeruk masin dan yang seumpamanya.
2. Biasakan Bersenam
Senaman ringan tetapi lama untuk jantung yang kuat. Bukan lama mana pun… 30 minit sehari sudah mencukupi. Lebih lama lagi baik.
3. Kurangkan Stress Dengan Berzikir
Pada yang bukan Islam mereka mengamalkan Yoga untuk mendapat ketenangan. Tradisi orang Cina pula melakukan senaman Ying-Yang, TaiChi atau Qi pada waktu pagi.
Bila Dah Kena Darah Tinggi Apa Nak buat?
Tak ada pilihan… kecuali pergi hospital jumpa doktornya. Dan apa doktor akan buat? Dia akan buat macam-macam test dan procedure untuk mengenal pasti di mana masalah yang sebenar. Dan cara untuk mengubati.Ubatan ini ada berbagai jenis. Secara umum, ubat beta-blockers diberikan bagi mengurangkan tekanan darah. Ia mengurangkan penjanaan hormone epinephrine, iaitu adrenaline.
Kesan ubat ini ialah degupan jantung akan menjadi lebih perlahan dan dengan kekuatan yang lebih rendah. Lalu menurunkan tekanan darah.
Namun terdapat bebarapa kesan sampingan dengan pengambilan ubat ini. Antaranya:-
➤ Pening atau rasa terawang-awang
➤ Lemah tenaga batin
➤ Masalah susah tidur nyenyak tetapi sering mengantuk (drowsiness)
➤ Lemau atau pun kurang tenaga
➤ Sejuk pada tangan dan kaki
➤ Bengkak pada sendi di buku-lali, kaki atau pada bahagian paha / betis
➤ Hilang semangat (depression)
Apa Pilihan Selain Dari Ubat Hospital?
Pilihan terbaik ialah sebelum terkena baik mengelak. KLIK & baca ➤ Prevention is always better than cure. Bila dah kena dan keadaan sudah terlambat… potong sana tebuk sini pasti akan berlaku.Tapi boleh ke nak mengelak? Ya… boleh.
• Mengalami symptoms atau tanda-tanda awal yang penyakit darah tinggi akan dijangkiti. Lihat pada tajuk di atas tadi:- Symptom Atau Tanda-Tanda Mengidap Darah Tinggi.
Sebaik-baiknya ketika inilah tindakan sudah mula diambil. Jangan tunggu sehingga pitam baru sedar ianya akibat darah tinggi.
• Cari lah ubatan berasaskan herba yang tidak mendatangkan kesan sampingan selepas kelegaan dari rawatan hospital.
Kelegaan bermaksud tekanan darah masih berada ditahap melebihi sedikit dari normal tetapi anda sudah boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. Tanpa ada pening atau petanda lain yang mengarah kepada darah tinggi.
Rujuk pada pakar yang bertauliah atau dapatkan kepastian dari pembuatnya sekiranya perlu mengambil ubatan yang perlu ditelan.
• Mengamalkan herba-herba tertentu seperti:-
- Buah Tunjuk Langit
- Daun Mas Cotek
- Daun dari Pokok Jarum Tujuh Bilah
- Akar Seruntun
Empat herba di atas boleh dirujuk pada artikelnya yang mengandungi maklumat ringkas dengan klik di => SINI <=
• Mengamalkan herba-herba tertentu seperti:-
- Misai Kucing
- Teh Hijau
Elak Darah Tinggi Kurangi Risiko Sakit Jantung
Kolesterol, Lemak, Kalsium, dan ProteinApabila kolesterol, lemak, kalsium, dan protein terkumpul dalam saluran darah, saluran darah menjadi sempit. Bahan terkumpul ini juga akan membentuk plak yang mengeras di bahagian luar tetapi lembut di bahagian dalam.
Kesempitan saluran darah meningkatkan tekanan darah dan memaksa jantung untuk bekerja lebih kuat bagi menghantar darah secukupnya.
Coronary artery ialah saluran darah yang membekalkan darah untuk jantung. Plak yang keras boleh pecah. Menyebabkan berlakunya pendarahan (internal bleeding). Apabila darah ini membeku (seperti akibat luka) darah beku tadi akan menambahkan sumbatan pada saluran darah.
Apabila coronary artery tersumbat dengan teruk sel-sel jantung yang tidak mendapat bekalan darah pada kadar mencukupi akan rosak dan mati.
Kenali Symptoms Sakit Jantung
Untuk pesakit yang mengalami lemah jantung symptom yang biasa terkait selain dari sakit di dada sebelah kiri ialah:-➽ Ketidak-selesaan pada tangan, belakang, tengkuk atau pun dagu.
➽ Nafas yang tercungap-cungap (sesak nafas),
➽ Mual seperti nak muntah atau
➽ Terasa seperti melayang-layang (gelap mata).
"Gigi palsu ni bayar mahal-mahal hanya orang lain boleh nampak. Sendiri nak tengok kena mengadap cermin." Ayah berseloroh dan berpuas hati dengan gigi palsunya.
Kesihatannya bertambah baik selepas dikejutkan dengan tahap darah tinggi beberapa bulan lalu.
Jom tolong tekan satu dari butang kat bawah ni... terima kasih.
Thank you for your comments