2 Resepi Ikan Sardin Mudah Dan Sedap Tapi Ada Sesuatu Yang Menggelikan - Food, Baby & Recipe -->

Header Ads

2 Resepi Ikan Sardin Mudah Dan Sedap Tapi Ada Sesuatu Yang Menggelikan

Ikan sardin dalam tin merupakan makanan utama menu rakyat Malaysia. Sebab itu banyak syarikat pengeluarnya. Mudah disediakan sedap pula sekali sekala. Jika terjumpa cacing, tak perlu panik walaupun ianya menggelikan. Tinggalkan brand yang diragui.
Dua-cara-memasak-ikan-sardin.-Berkuah-dan-sambal-tumis-pekat
Gambar: paper-pink.blogspot.my dan kitchen537.rssing.com

Memasak sardin sangat mudah. Kurang dari 10 minit boleh siap. Berbagai brand boleh pilih. Dulu murah jer, tapi sekarang sudah jadi makanan orang berduit.

Satu tin kecil ada 3 ketul harganya antara 3-4 Ringgit. Saiz besar dengan isi 5-6 ketul berharga antara 7-8 Ringgit.

Artikel ini memuatkan dua resepi yang tersangat ringkas dan dua resepi yang aku follow sehari dua yang lepas. Memang OK.

Cuma yang tak OK selepas makan tu, ada kawan kongsikan gambar yang boleh mengembangkan leher.

Bukan nak potong stim, tapi sebagai perhatian untuk lain kali bila memasak lauk sardin.

Jangan baca sampai penghujung sekiraya anda jenis penggeli… dan tak suka makan sardin. Kalau makan... elok baca sampai habis.

4 Resepi Masak Sardin – Dua Teratas Paling Ringkas

9-antara-brand-sardin-di-Malaysia
9 brand sardin di Malaysia. Cap Cinta mengandungi cacing. Lihat 7 lagi brand sardin yang ada cacing, teruskan scroll ke bawah.

Pilihlah brand apa yang disukai. Kalau tak tahu apa brand yang ada (sah anda pertama kali nak masak sardin, kan?) gambar kat atas tu akan membantu membuat pilihan.

Ada dua atau tiga jenis ikan. Sardin, Tamban dan Mackerel. Tapi tetap saja dipanggil ikan sardin bila sudah masuk tin. Mackerel isinya tebal dan saiz lebih besar dari ikan sardin dan tamban.

1. Yang pertama ini aku pernah buat sewaktu camping. Perkakas tak cukup. Nyalakan api, buka tin sardin dan letakkan atas api. Ada kicap (atau garam) untuk masinkan sedikit… dah OK boleh sorru.

2. Yang kedua ini kalau emergency tak sempat nak masak. Makan pun dengan nasi sejuk jer. Bukan malas tapi terpaksa bergegas.

Buka tin, tuangkan dalam periuk / kuali. Tambah air dan garam sikit. Bagi mendidih… dah selesai masalah lapar.

3. Resepi Masak Sardin Ala Paper-Pink

Resepi-Sardin-berkuah
Gambar:  paper-pink.blogspot.my

Bahan-bahan ini dan caranya aku ikut dari blog paper-pink.blogspot.my dan sesuai untuk sajian 2 orang.
• 1 tin sardin cap Ayam atau apa-apa brand yang biasa digunakan, saiz kecil
• 1 ulas bawang putih – diketuk atau potong.
• 3 ulas bawang (kecil) merah – potong nipis
• 1 biji bawang (besar) merah - belah 6 atau potong kasar
• 3 biji cili padi – dipotong atau diketuk
• 1 biji tomato – belah 4 atau 6
• 1 sudu besar kicap manis
• 1 sudu kecil cili boh
• 2 sudu besar sos tomato
• 1 1/2 cawan air
• Perah separuh sudu asam jawa
• Gula dan garam secukup rasa

Caranya:
1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Warna kekuningan.
3. Masukkan kuah sardin.
4. Masukkan cili boh. Tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan air.
6. Bila mendidih, masukkan perahan asam jawa, sos tomato, kicap, gula & garam.
7. Masukkan bawang besar, tomato, cili padi.
8. Akhir sekali masukkan ikan sardin. Biarkan mendidih sekejap. Selesai.

4. Resepi Masak Sardin Dengan Sambal Tumis Ala Azie Kitchen 


Resepi-Masak-Sardin-Dengan-Sambal-Tumis
Gambar Azie Kitchen @ kitchen537.rssing.com

Resepi masak sardin yang ini lain sikit dari Resepi Ala Paper-Pink yang atas tadi. Yang itu kuahnya banyak manakala yang ini pula agak pekat.

Bahan Utama
• 1 tin sardin
• 1 biji bawang besar - hiris bulat dan tebal
• Perahan asam jawa atau 1/4 asam keping
• 1 sudu kecil atau secukup rasa garam halus
• Sedikit gula - 1/4 sudu

Bahan kisar - guna blender jika tak nak tumbuk
• 6 ulas bawang merah (kecil)
• 2 ulas bawang putih
• 10-15 biji cili kering

Caranya:
Ikan sardinnya digoreng terlebih dahulu. Jangan terlalu garing, nanti jadi keras pula. Dah puas hati, angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan sebahagian dari minyak yang sama, tumis bahan yang dikisar sehingga benar-benar masak. Tandanya ialah keluar minyak.

Masukkan gula, garam, dan air asam. Kacau supaya sebati dan tidak berkerak.

Masukkan sos sardin dan tambah sedikit air jika kekeringan. Kacau rata-rata.

Akhir sekali, masukkan ikan sardin dan bawang besar. Cek buat kali terakhir rasa garam, gulanya dan juga kepekatan. Tambah sedikit air jika perlu.

Apabila sudah mendidih dan bawang kelihatan lembut, matikan api dan sardin anda sedia untuk dihidangkan.

Nah… itu dia 4 resepi sardin. Ikutlah mana yang suka. Mahu mudah ala tergesa-gesa atau take your time 10 minit saja. Sardin juga tapi rasanya sudah tentu tak sama.

Tahan Geli Dengan Cacing?

Semalam kawan forwardkan posting dari FB pasal ikan sardin yang mempunyai cacing.

Ya... cacing bersama ikan dalam tin sardin. Geli? Tapi kalau suka makan sardin, elok baca selanjutnya. Walaupun geli. Alah… tahan sikit jer. Untuk kebaikan.

Kalau bukan kaki sardin, tapi kaki Shushi atau Sashimi dan yang seangkatan dengannya yang mana ikan yang disediakan berbentuk mentah, elok juga berikan perhatian.

Kalau sardin dan shushi tak makan, tak perlu lah nak baca sampai habis. Cukup sampai di sini sajaaaa...

Update 6-7-2018 Brand Sardin Yang Mempunyai Cacing dan Di Tarik Balik

8 Jenama Sardin Yang diketahui mengandungi cacing. Sumber gambar dari hantaran Whatsapp.

Posting FB ini berbunyi:-
“Saya masak sardin hari ni. Dahla tengah hujung bulan… ni apa benda ye dalam sardin. Cacing ke? Sedihnya rasa.

Atas tudung biru tu saya dah basuh siap-siap. Tak larat nak kutip banyak lagi dalam kuali."

Sardin-mengandungi-cacing

Ya… memang menyedihkan, sudahlah masa yang diluangkan untuk membeli dan memasak. Harga pun bukan murah macam dulu. Kalau tin besar dah 7-8 Ringgit. Dah masak hilang selera nak makan.

cacing-dari-sardin

sardin-mengandungi-cacing

sardin-brand-TLC-mengandungi-cacing

Gambar dari sumber yang lain (WhatsApp kawan) juga menunjukkan cacing yang dikeluaran dari hidangan sardin.

Cacing-dalam-ikan-sardin




Cacing-dalam-ikan-sardin
Gambar: Ck Sue

Cacing Ialah Sejenis Parasit [Khas Kepada Peminat Ikan Mentah]

Semua jenis kehidupan termasuk ikan mempunyai parasit. Ianya kejadian semula jadi dan bukan pencemaran. Sama seperti adanya ulat dalam buah-buahan dan sayuran.

Untuk ikan yang dimasak sempurna tidak perlu ada kerisauan tentang keracunan makanan disebabkan cacing. Hanya menggelikan.

Tetapi bagi hidangan Shush, Sashimi, Ceviche atau Gravlax, kewujudan parasite patut diberi perhatian. Ini kerana dalam juadah ini ikannya terutama Salmon boleh membawa risiko.

Ia itu sekiranya ikan itu tidak disejukkan pada -4°F (-20° Celcius) selama 7 hari untuk membunuh parasite sekiranya ada.

Jenis Cacing Dalam Ikan dan Risiko Penyakit

Secara ringkasnya, Nematoda (cacing lingkar) dan Cestoda (cacing pita) adalah contoh cacing yang boleh disebarkan melalui ikan.

Cacing-Pita-Tape-Worm
Cacing Pita atau Tape Worm. Gambar: Yourdoctorsorders

Cacing-cacing ini memasuki tubuh manusia melalui makanan seperti ikan mentah atau ikan yang dimasak kurang sempurna. Dalam badan manusia, sarangnya ialah usus.

Cacing lingkar biasanya membesar dengan panjang antara 1-6 cm. Manakala cacing pita pula boleh mencapai kepanjangan sehingga 10 meter. Mak aii…

Kesannya ialah penyakit cacingan. Bergantung kepada jenis cacing pita atau lingkar, symptom yang biasa adalah seperti berikut:-
• Telur, larva, atau sebahagian dari cacing kedapatan bersama najis
• Sakit perut
• Muntah-muntah
• Pening
• Lembik dan lemah
• Keradangan pada dinding usus yang menyebabkan rasa sakit perut
• Cirit-birit
• Susut berat badan dengan ketara (terlalu kurus)

Selamatkah Makan Ikan Sardin Bercacing?

Seperti disebutkan di atas, cacing yang hidup hanya boleh datang daripada ikan mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna.

Dalam proses membuat ikan sardin dalam tin, ikan-ikan ini dibasuh, kepala dan bahagian perutnya dibuang.

Kemudian dimasak samada secara menggoreng atau menggunakan steam. Dimasukkan ke dalam tin bersama dengan minyak makan, air, sos tomato, sos cili, dan mustard.

Tidak ada oxygen di dalam tin. Makhluk apa yang boleh hidup tanpa oxygen? Hanya anaerobic bacteria saja. Yang mengeluarkan gas methane (CH4).

Tahap masakannya pula sehingga membuatkan tulang ikan menjadi rapuh dan boleh dikunyah.

Dari sudut pandangan kasar proses ini sudah membunuh cacing-cacing ini jika masih ada.
Maka, soalannya… adakah selamat untuk memakan ikan sardin dalam tin yang ditumpangi oleh cacing?

Pandangan aku? Ya selamat… tapi ayo-ma ayo pa… manyak geli laaa…

Geli? Meh tekan butang bawah ni. Terima Kasih.

Tiada ulasan