Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap - Food, Baby & Recipe -->

Header Ads

Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap

Rendang ayam merupakan antara hidangan yang sering disediakan ketika musim perayaan. Mudah saja untuk memasak rendang ayam yang sedap. Resepi ini bila dicuba boleh membuatkan masakan rendang ayam anda jadi ketagihan.
Rendang-ayam
Rendang ayam. Gambar:- lindarahim-ummyaisy dan RamenPedas.Com

Rendang Ayam Sebagai Juadah Istimewa

Rendang, terutamanya dari ayam merupakan juadah yang mesti (eh... yer ke?) ada ketika Hari Raya. Lawannya ialah ketupat, lemang, atau nasi himpit. Tapi aku lebih suka makan dengan nasi putih saja. Ketupat aku suka juga, tapi sikit-sikit boleh lah. Sebabnya pulut membuatkan aku mengantuk. Lentok. Laloq.

Untuk perantau, berkumpul ramai-ramai sewaktu perayaan atau saja-saja, hidangan rendang boleh mengimbau ingatan terhadap kampung halaman. Dan memberikan kerinduan kepada keluarga. Terutamanya ibu.

Ya… aku belajar masak rendang dari mak aku. Sebabnya aku bukan ada kakak atau adik perempuan. Mak pula memang suka suruh aku buat itu ini. Jadi kemahiran dia memasak rendang dan juga masakan lain turun kat aku.

OK… kita cerita hal kenangan dipenghujung artikel selepas bab resepi rendang ayam ini selesai. Anda datang ke page ini pun sebab mahukan resepi rendang ayam, kan?

OK Jom…

Resepi dan Cara memasak Rendang Ayam Ala Orang bujang Di Perantauan

A. Bahan Asas
1 ekor ayam, lebih kurang 2 kilo. Dipotong kepada 16-20 ketul.
1 biji kelapa, santannya. Atau dua kotak kecil. Di sana dulu aku guna susu (whole milk) jer.
5-6 sudu besar minyak masak untuk tumisan

B. Bahan yang dikisar (tumbuk, giling, blend) untuk diperapkan dengan ayam
1 inci kunyit segar
2 inci halia
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas

C1. Bahan Untuk Tumisan Pertama
1 biji bawang besar - dipotong nipis
5 ulas bawang putih - dipotong nipis

C2. Bahan Untuk Tumisan Kedua
2 senduk cili boh. Atau lebih baik cili kering yang dikisar sendiri selepas direndam dan bijinya dibuang. Biji cili tak bagus, sebab boleh menyebabkan penyakit appendix, kata orang.

D. Bahan Pelengkap Rasa dan Aroma
3 batang serai diketuk sekadar pecah
2 keping kulit kayu manis sederhana lebar
5 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
2 sudu kerisik (boleh dibeli dari pasaraya)
4 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur (asam keping)
1 ketul serbuk perisa (Knorr atau Maggi cube)
2 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh gula
3 helai daun kunyit dipotong halus. Boleh juga dipotong kasar sebesar ibu jari supaya mudah dikeluarkan. Terutama pada yang tak suka dengan sayuran.

Cara Memasak Rendang Ayam Ala Orang Bujang

Gunakan kuali atau periuk bertudung dengan saiz yang sesuai untuk seekor ayam. Supaya mudah untuk mengacau dan membalik-balikkan ayamnya.

Sekiranya punya waktu, terlebih dahulu perapkan ayam dengan bahan B selama lebih kurang satu jam.
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan C1. Kacau sehingga naik baunya dan berwarna kekuningan.
  2. Masukkan bahan C2. Perlahankan api dan kacau (supaya tidak berkerak dan hangit dibahagian bawah) sehingga keluar minyak. Tumisan cili boh ini biarlah sehingga garing.
  3. Masukkan ayam yang telah diperap dengan bahan B.
  4. Masukkan bahan D.
  5. Kacau dan sebatikan dengan tumisan cili tadi. Masukkan sedikit santan dan air. Tutup periuk atau kuali. Sekali sekala dikacau untuk mengalihkan kedudukan ketulan ayam.
  6. Teruskan langkah di atas sehingga hampir kering dan keluar minyak. Ini untuk menggaringkan perencah bahan B dan juga bahan D. Ia akan menimbulkan aroma yang sedap dan sangat menyelerakan.
  7. Setelah ayam semakin lembut, masukkan baki santan. Kuatkan api sehingga mendidih. Sekiranya mahu pekat, biarkan sedikit masa lagi.
  8. Ambil sedikit untuk dirasai, dan sekiranya perlu… tambah sedikit lagi garam atau gula.
Itu saja lah resepi dan cara memasak rendang ayam ni. Bujangan punya style. Kalau tak sedap jadi bajingan. He he he. Sedappppp… kena cuba buat baru tahu.

Bau dari daun limau purut, daun kunyit bersama bahan lain yang dimasukkan akan membuatkan rendang ayam ini sangat menyelerakan dimakan bersama ketupat atau lemang. Kalau dengan nasi, kena 2 pinggan.

Lemang-hari-raya-dan-Ketupat-Palas
Ketupat palas dan lemang. Gambar:- mStar Penangan Lemang Kijal dan SP Models Kuala Lumpur

OK… dibawah ini adalah beberapa gambar yang menggamit kenangan ketika di musim bunga dan musim luruh.

Tapi, kalau tak nak terus ke bawah yang juga memaparkan beberapa tajuk menarik tentang resepi masakan ayam dan ikan, silakan tekan salah satu butang kat bawah ni. Terima kasih.

Musim bunga di New England, USA

Musim bunga (spring) bermula pada 20 March hingga 21 June. Selepas itu pula ialah musim luruh. Jadi sekarang ini ialah musim bunga. Raya musim bunga syiok…

Bunga-tulip-di-Vermont
Bunga tulip di Vermont. Gambar: discovercentralma.org

Musim-bunga-di-New-England
Musim bunga di New England. Gambar: Yankee Magazine

Musim-luruh-di-New-England
Musim luruh di New England. Gambar:- I love New England

Sharelah, tekan butang bawah ni. Terima Kasih.

Tiada ulasan