Mee Rebus Berhadapan Masjid Serendah Semakin Maju - Food, Baby & Recipe -->

Header Ads

Mee Rebus Berhadapan Masjid Serendah Semakin Maju

Perniagaan Warung Mee Rebus atau apa saja yang bersangkutan dengan F&B konsep asasnya tetap sama. Luas kawasan parking, servis pantas, cekap dan peramah, rasa yang sentiasa sama, bersih, kemas dan teratur. Pemasaran penting dan ia bergantung sejauh mana perniagaan itu mahu dikembangkan. Kalau sentiasa ramai tak menang tangan, cukup sekadar WOM.
Mee-Udang-Sungai-Dua-Butterworth
Mee Udang Sungai Dua, Butterworth. Gambar: www.vkeong.com

Kuah Menjadikan Setiap Jenis Mee Rebus Unik dan Tersendiri

Mee Rebus ada beberapa kategori. Asasnya sama ia itu mee yang sudah dicelur terlebih dahulu kemudian dimasukkan kuah.

Kuah itulah yang menjadi penambat selera disamping perencah lain yang memberi keunikan rasa.

Kuah itu menjadikan namanya. Samada dipanggil mee udang, mee rebus, mee bandung, mee sup, mee soto, atau mee kari.

Di Alor Setar ada Mee Abu yang khusus menjual mee mamak dan mee rebus. Sungai Dua Butterworth dengan mee udang besar gedabak sedap nak mampus.

Mee-Rebus-Serendah-Simple-Tapi-Sedap
Mee Rebus Serendah Simple Tapi Sedap Yakmat. Gambar lama.

Turun selatan sikit jumpa Mee Udang Kuala Sepetang. Tapi rasanya lain dari Sungai Dua punya. Sedapnya tak boleh dilupa. Meleleh air liur bila teringat.

Turun lagi ke bawah jumpa dengan Ramli Mee Rebus. Yang ini pun sedap tak tau nak cerita macamana. Dekat Tasek, Ipoh sana.

Kalau aku pergi Ipoh… bersusah payah aku pergi Tasek cari Ramli. Tak pernah jumpa pun hanya enjoy mee dia saja.

Turun lagi ke selatan, jumpa dengan Mee Rebus Serendah. Ya… yang bawah pokok Cheri depan Masjid Serendah tu. Sedap giler.

Lagi turun bawah… dekat Bandar Maharani dengan Mee Rebus Muarnya. Ini pun popular.

Tapi kali ini aku nak cerita pasal Mee Rebus Serendah tu.

Bukan tentang resepi, bukan pasal macamana dia buat mee sedap. Tapi dari sudut perniagaan. Pandangan aku kenapa perniagaan mereka kelihatan semakin maju.

Satu tahun setengah yang lalu pada 8/8/2016 aku tulis pasal “Warung Mee Rebus Bawah Pokok Tarik Pelanggan Antarabangsa.” Merujuk kepada warung ini.

Beberapa minggu yang lepas aku pergi ke Serendah menghadiri majlis kenduri. Aku seronok melihat perniagaan warung Mee Rebus ini yang kelihatanya seperti bertambah maju.

Khemah-Majlis-kenduri-hampir-selesai
Majlis kenduri hampir selesai.

Ada beberapa ciri penting yang membuatkan pelanggan terus datang. Berulang kali. Termasuk juga aku sebagai orang luar.

Ya… penulisan ini dari sudut perniagaan dan bukan macamana nak buat mee rebus sedap. Sedap tapi tak maju boleh bungkus perniagaan. Bila maju dan sedap, jual banyak bungkus.

OK… apa yang aku tulis kat bawah ni rasanya kalau tak semua, sangat ramai yang sudah tahu. Boleh dijadikan checklist juga jika membantu.

Kawasan Parking Yang Luas

Boleh dikatakan majority pelanggan warung ini adalah pengunjung dari luar kawasan. Kebanyakan mereka datang dengan kereta.

Lihat saja keluasan kawasan parking. Banyak kereta boleh dimuatkan.

Ini sangat memudahkan pelanggan dan memberi ketenangan kepada mereka untuk makan sambil santai-santai di bawah pohon Cherry.

Kawasan-parking-restoren-yang-luas-amat-selesa-bagi-pengunjung
Kawasan parking yang luas amat selesa bagi pengunjung.

Mee-Rebus-sedap-Punyalah-ramai-pengunjug-dari-luar-kawasan
Punyalah ramai pengunjug dari luar kawasan.

Servis Pantas dan Peramah

Khidmat pelanggan merupakan perkara terpenting selain dari makanan yang sedap.

Kelihatannya warung ini memenuhi 5 aspek utama (asas) yang melancarkan khidmat pelanggan mereka. Tak semestinya 100% setiap masa, tapi memuaskan. Pastinya ada ruang untuk penambah-baikkan.

1. Tukang masak atau penyedia makanan yang kerjanya hanya fokus memastikan rasa yang sama untuk setiap menu / hidangan.

Pengunjung datang berulang-ulang dari jauh bukan sebab mereka lapar. Tetapi kerana gian dengan aroma dan rasa pada lidah. Taste memory yang perlu dilunaskan.

Konsep ini sangat diambil berat oleh Restoren besar seperti KFC, McD, Starbuck dan yang seangkatan dengannya.

2. Penyelenggara pinggan mangkuk. Alatan lain seperti sudu, gelas, dan tissue mesti mau cukup setiap masa.

3. Penerima order dan penghantaran. Mereka cekap mengatur mana yang masuk dulu dan tidak menghantar pesanan kepada orang yang datang (order) kemudian.

Yang mana dahulu itu didahulukan. Boleh timbul rasa tidak puas hati pada pelanggan sekiranya dia yang pesan awal tapi orang yang datang dan order kemudian dapat lebih dahulu.

Ketika makanan dihantar, bil sudah siap. Pelanggan boleh bayar di meja atau pergi ke kaunter cashier.

4. Pengambil order dan pelayan tetamu. Mereka ini orang penting dalam memberikan kepuasan pada pengunjung. Sikap mesra dan senyum selalu sangat diutamakan.

Mereka tak senang melihat meja yang bersepah atau pinggan kosong penuh sesak di hadapan pelanggan yang sedang berbincang. Keselesaan pengunjung sangat diambil berat.

Tiada kunjungan hormat dari lalat membawa irama La Is La Bonita...

Ruang kemas untuk pelanggan bersantai di bawah pohon dengan angin berhembus sepoi-sepoi bahasa. Tambahan order kerap berlaku.

5. Pengurus, yang selalunya juga sebagai Cashier. Dari meja cashier dia melihat / memantau perjalanan operasi dari pintu masuk kawasan hingga ke bilik air.

Bilik air mencerminkan tahap keperihatinan akan hal kebersihan.

Dia juga membuat pesanan kepada pembekal untuk bahan yang tidak mencukupi jika tidak keluar diwaktu pagi ke pasar borong.

Staff dari 1-4 semuanya alert dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka tanpa perlu arahan bertubu-tubi dari pengurus. Kerja seronok poket pun gemok.

Setiap orang boleh mengisi lebih dari satu fungsi yang disebutkan. Bergantung kepada keadaan.

Hal-Hal Pemasaran

Aku tak tahu apa jenis pemasaran yang dia orang gunakan. Website, logo, signboard… satu pun tak ada. Tapi pengunjung tetap saja ramai.

Maka… aku anggap WOM lah yang mereka gunakan. Iaitu kawan yang makan rekomen pada kawan yang belum pernah datang. Viral off line. Word of Mouth.

Pemasaran melalui media sosial seperti Facebook mungkin ada, hanya aku yang tak friend dengan mereka.

Kini Semakin Mudah Mahu Ke Serendah

Hari ini sangat mudah untuk sampai ke Serendah. Tanpa perlu melalui pekan Rawang yang dahulunya selalu jem. Terutama di kawasan Litte India, kawasan selepas stesen keretapi.

Melalui Rawang Bypass selepas Templer Park anda akan terus sampai di pekan Serendah. Nampak Masjid Nurul Iman… di hadapannya warung mee rebus ini lah.

Rawang-ByPass-Jambatan-Tertinggi-di-Asia
Rawang ByPass Jambatan Tertinggi di Asia? Gambar: Harian Metro.

Rawang-ByPass-ketika-pembinaan
Rawang ByPass ketika pembinaan

Rawang-ByPass-during-construction



Rawang-ByPass-menuju-Serendah
Rawang ByPass menuju Serendah

Kesimpulan

Apa yang aku boleh katakan pada pemilik Warung Mee Rebus Serendah ini ialah “You have come a long way… babey.”

Seronok aku melihat kemajuannya.

Jika mahu membaca pasal perkara yang tak baik dipraktikkan dalam perniagaan restoren, boleh baca dalam artikel ini “Warung Mee Rebus Bawah Pokok Tarik Pelanggan Antarabangsa.”

Berikut adalah perkara baik yang aku perhatikan berlaku di Warung Mee Rebus Serendah ini:-

✥ First Order First Served
➤ Pelanggan tak sakit hati.

✥ Rasa yang Sama
➤ Melepaskan rasa gian.

✥ Harga Berpatutan dan Mudah Untuk Membayar
➤ Banyak kedai makan yang bertanya semula “Makan apa tadi?” dan ketika itu baru mahu mengira. Pelanggan bosan kerana membuang masa mereka.

✥ Meja Bersih dan Kemas
➤ Tidak bersepah dan tidak menternak lalat.

✥ Ruang Untuk Bersantai
➤ Hanya masalahnya bila hujan… lari masuk dalam kereta lah jawabnya.

✥ Pemasaran Melalui Words of Mouth (Pelanggan Mulut Manis)
➤ Ramai pengunjung datang kerana rekomen dari kawan-kawan mereka.
➤ Nama “Warung Mee Rebus Serendah” tidak akan ditemui dalam internet. Ia bukan nama rasmi, aku yang saja menamakannya. Habis nak sebut apa?
➤ Tak kalut dengan branding atau heboh dalam media social. Mereka dengan cara mereka yang tersendiri.

✥ Kini Mudah Untuk ke Serendah
➤ Dengan adanya Rawang Bypass… masa sangat pendek dari Templer Park. Tak perlu hadap jem macam dulu-dulu.

Sudikan tekan butang bawah ni, ya... Terima Kasih.

Tiada ulasan