Sotong Masak Sambal Jadi Perencah Mee Segera. Sedapnya Aduhai...
Gambar hiasan. Kiri: Curious Traveller. Kanan:- FB Wan Hairatul Hartini Safri- |
Sotong masak pedas atau bersambal adalah kesukaan aku setiap kali makan di Restoren Tom Yam. Iaitu selain dari Ayam Goreng Kunyit dan Siakap 3 rasa. Gambarnya tak pernah pula aku ambil, tetapi lebih kurang macam yang di atas itu lah.
Minggu lepas terbeli sotong dan aku pun nak buat sotong masak sambal macam kat Restoren Tom Yam. Tapi, sesuatu yang tak dirancang berlaku.
Setelah siap membersihkan sotong dan meletakkan dalam peti sejuk aku keluar. Balik-balik dah siap dimasak. Dapatlah macam dalam gambar kat bawah ni. Masak sambal juga tapi sikit berlainan dari yang aku biasa makan di Restoren Tom Yam.
Dari sudut penampilan, sangat berbeza dengan gambar yang di atas tadi. Seksinya kurang. Tapi rasanya sangat sedap. Aku tak tahu bagaimana ianya dimasak, tapi agak-agak tu boleh lah.
Lebihan dari makan malam, aku panaskan terlebih dahulu kemudian simpan dalam peti sejuk.
Mee Segera Berperisa Kari Sotong
Keesokkan harinya untuk sarapan, aku malas nak keluar membeli. Tapi mee segera SajiMee ada. Dulu-dulu aku makan juga Mamee atau Maggi. Tapi sudah lama mengelak dan menggantikan dengan jenama Sajimee, Adabi atau AgroMas. Sejak 2014.Brand dari Mama, Cintan, Penang Spicy, dan yang lain-lain memang aku tak sentuh. Ada sebab tersendiri. Nak tahu boleh baca kat sini:- "Selesaikan Masalah Wang dan Kesempitan."
Masak mee segera ni mudah saja. Didihkan air satu gelas, masukkan mee dan perencahnya, kemudian telur kalau nak. Perlahankan api dan tunggu 2-5 minit, tutup api… dah siap.
Tapi bukan itu yang aku buat dengan sambal sotong yang berbaki ini.
Mee Segera Sajimee Masak Sotong Special
Untuk yang ini aku buat ikut cara di bawah:-1. Bawang besar separuh biji dipotong nipis.
2. Seulas bawang putih juga dipotong nipis.
3. Satu sudu besar minyak masak untuk menumis bawang.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga separa garing.
5. Perlahankan api dan masukkan perencah Sajimee. Kacau sekejap dan masukan ¼ gelas air.
6. Setelah keluar minyak, masukkan ¾ gelas air, diikuti dengan Sajimee.
7. Biarkan mendidih sehingga mee menjadi lembut.
8. Masukkan sotong bersama sambalnya. Lagi banyak sotong lagi sedap baunya.
9. Tambahkan air jika terkering yang juga membuatkan rasanya agak masin.
10. Masukkan telur jika mahu.
11. Setelah mendidih kali kedua, tutup api dan sedia untuk dihidu wapnya yang best bau sotong berkari tu.
Bila dah masuk mulut… waaa… memang lain sungguh rasanya. Tapi tak ada lah sampai nak mampus punya sedap (orang Kedah kata lagu tu). Ya, memang sangat sedap dan itu adalah pertama kali aku buat Sajimee berperisa sotong.
Dalam gambar kat atas tu sotongnya tak nampak. Telur pun tak berapa nampak juga. Tapi sebenarnya ada. Sotong boleh nampak seketul, terselit sebelah kiri pinggan yang bawah tu. Yang lainnya menyorok bawah mee.
Ini ibarat ada udang di sebalik batu… tapi sebenarnya ada telur dan sotong di bawah SajiMee. Ha ha…
Jenis-Jenis Masakan Sotong
Di bawah ini ialah contoh masakan sotong yang aku suka selain dari masak pedas. Gulai sotong, ini harganya boleh tahan juga kalau kat Restoren Nasi Kandar. Tak boleh tahan… tengok saja. Jangan beli. Tunjuk pun jangan. Nanti dikautnya.Terangguk, terambil, termakan, terbayar… dah rasa termahal lalu terbebel. Siap post dalam facebook pula kata sotong masak gulai mahal. Memang mahal pun. Bukan saja yang sudah dimasak, yang mentah fresh pun sudah mahal.
Gambar hiasan. Kiri:- anissdiary. Kanan:- Sambalhijau. |
Yang bawah ini pula ialah sotong untuk Yong Tau Foo dan juga sotong bakar.
Yong Tau Foo yang paling sedap aku pernah rasa ialah di Taiping, belakang Balai Bomba. Sekali-sekala bila ke utara dan ada peluang singgah di Taiping memang aku tak lepaskan peluang.
Yong Tau Foo dalam gambar ini mungkin sedap, hanya guna gambarnya untuk hiasan. Tak pernah lah pula aku sampai ke sana. Nun di Lenggong.
Sotong bakar tu, dari gambar pun nampak sedap, kan? Pernah makan?
Kalau anda perasan, dua masakan sotong di bawah ni, sotongnya lain sikit dari yang aku bersihkan tadi. Haa… Yong Tau Foo punya sotong tu besar sotongnya.
Yang dimasak bakar tu pula dari jenis Octopus, Sotong Kurita. Lagi besar dari Yong Tau Foo punya.
Gambar hiasan:- Yong Tau Fu Lenggong. Kanan: seriouseat. |
Lain-Lain Hal Pasal Sotong
Gambar: Octopus - thoughtco; Squid - squid-world; Cuttlefish - animalsake.com |
Kalau yang aku bersihkan kat atas tadi ialah jenis Squid dan tulangnya macam plastic. Tapi yang ini tulangnya besar dan berwarna putih. Syiok digaru-garu. Rapuh. Ia dari jenis Cuttlefish, yang dibuat masak Yong Tau Foo tu.
Di Melbourne Australia, tulang sotong ini siap dijadikan bahan ukiran lagi. Macam gambar kat bawah ni ha.
Gambar: Kiri - wikiwand; Kanan - christiangundesen.com |
Gambar bawah ini pula ialah contoh ukuran sotong yang ditangkap. Teknik menangkapnya dipanggil candat. Nak cerita lebih aku tak reti sebab tak pernah sekali pun terlibat dengan candat sotong ni. Kalau nak tahu juga… klik pada perkataan YouTube, ada pautan videonya. Lebih jelas.
Gambar: YouTube |
Penutup Cerita Sotong
Itulah tadi macamana Sajimee masak dengan perisa sambal sotong terjadi. Bukan sengaja tapi tak sangka sedap yakmat. Mungkin itu namanya rezeki yang datang secara tak disangka, kan?Maaflah kalau datang ke sini tadi nak tahu macamana nak masak sotong style sambal, gulai atau masak kuning... tak ada resepinya.
Tapi sekurang-kurangnya anda dapat idea. Samada hari ini nak makan sotong atau tidak. Kalau ya, apa masakan sotong yang nak dicari dan kat restoren mana.
Kalau dah terbiasa masak sotong pula, lagi senang. Terus dapat ideanya. Ya... itulah tujuan utama artikel ini. Nak bagi idea. Yang dah terror masak, bila dapat idea nak masak apa tahu lah apa dia nak buat lepas tu. Kan?
OK, jumpa lagi dilain ketika. Sudikan tekan butang bawah ni, ya... Terima Kasih.
Thank you for your comments