Resepi Sup Ayam Yang Harum, Enak dan Berkhasiat - Food, Baby & Recipe -->

Header Ads

Resepi Sup Ayam Yang Harum, Enak dan Berkhasiat

Sup ayam sedap dimakan waktu petang. Bahan utama untuk bihun sup, mee sup dan sup-sup yang berkaitan. Cepat melegakan demam pada yang terkena hujan. Resepinya di sini.
sup-ayam-harum-enak-berkhasiat

Musim Cuti Sekolah Tapi Jangan Gantung Kuali... Kecuali?

Disamping cuti sekolah, sekarang ini juga musim hujan… petang mesti lapar sesuatu yang bukan nasi. Betul?

Apa yang sedap? Pizza? Itu lebih kurang nasi juga. Berat.

Kueh, mee, rojak, pasembor, cucur kodok, cucur udang? Atau sup ayam?

Haa… gua mau sup lah. Tambah pula kurang sihat kena hujan. Sup selalu dikatakan cepat melegakan demam atau pencegah demam. Dan aku perasan, memang betul.

Setiap kali demam mak aku bagi sup ayam… sejam dua kemudian lega. Mungkin perencah dalam sup ayam tu yang mempercepatkan kelegaan.

Bukan ayamnya. Kalau ayam, makan ayam sajalah… yer dak?

Yang kaki makan ayam goreng… tak kiralah McD ka atau KFC atau Uncle Jack atau yang goreng kat pasar malam tu, mesti tak demam, kan?

Dan… jangan tak tahu eh, yang kat pasar malam tu ada yang lebih sedap dari tempat macam yang aku sebut kat atas tu. Murah pun ya juga. Tagline-nya, “Ayam Goreng Kami Rasa Sebiji Macam Dia Punya.”

OK… dua tiga hari lepas aku kongsi pasal ayam masak kicap. Sebelum tu pasal ayam masak gulai. So… hari ni aku nak kongsi pasal ayam masak sup pula.

Suka makan sup ayam? OK meh tengok… Pasal gantung kuali… kena baca sampai penghujung kalau nak tahu kenapa kuali jangan digantung. Walau pun sekarang musim kenduri banyak dapat makan free.

Kecuali lah...?

Resepi dan Bahan Untuk Memasak Sup Ayam

Sup-Ayam-Sedap
Gambar hiasan dari MenuKFC

A. Ayam ½ ekor

  • Dipotong 8 – 10 ketul
  • Buang lemaknya

B. Bahan Tumisan

Kisar dengan blender atau tumbuk
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih

C. Pengganti (alternative) Kepada Sup Bunjut

Bahan yang disenaraikan mungkin sudah tersedia dalam sup bunjut yang mudah dibeli di mana-mana kedai. Lain brand akan lain jumlah dan kuantiti ramuannya.

Jika mahu buat sendiri dan pastikan ramuannya lengkap ikut seperti di bawah.
  • 3-4 kuntum bunga cengkih
  • 1 keping sebesar jari kelingking panjang ½ inci kulit kayu manis.
  • 5-6 biji lada hitam. Lada putih juga boleh. Tambah jika mahu extra pedas. Ditumbuk sekadar pecah.
  • 3 biji buah pelaga diketuk dan pecahkan
  • 1 sudu besar ketumbar
  • ½ sudu teh jintan putih
  • ½ sudu teh jintan manis
  • 3 keping kelopak bunga lawang
  • ¼ sudu teh biji sawi (mustard seed)
  • ¼ sudu teh serbuk kas-kas (biji poppy). Ha ha ha… macam candu jer, kan?

Jika tidak mahu bahan di atas menyemakkan kuah sup, elok dibungkus dengan kain kasa dan diikat dengan benang putih. Sup bunjut ori sendiri punya.

D. Bahan Penyedap Rasa Juga Aroma

    1 biji kentang dipotong 4-6 mengikut saiz
  • ½ batang lobak merah, dipotong serong
  • 1 ketul kiub pati ayam Knorr atau Maggi.
  • 2-3 batang saderi (celery) dipotong serong. Daunnya diasingkan.
  • 2-3 batang daun sup. Dipotong ½ inci. Daunnya diasingkan.
  • Buah tomato dipotong 4-6 mengikut saiz
  • Cili merah atau hijau – belah 2 atau 3.
  • Garam secukup rasa

E. Bahan Hiasan dan Pelangkap Rasa

  • Daun saderi yang diasingkan tadi
  • 1-2 helai daun bawang. Dipotong ½ inci.
  • Daun sup yang diasingkan tadi
  • Bawang goreng
  • ¼ biji limau nipis jika mahu sedikit masam. Tak suka jangan guna.

F. Cara Memasak Sup Ayam

  • Tumis bahan B sehingga garing. Warna kuning keperangan.
  • Masukkan bahan C. Kacau sekejap jika tidak dibunjutkan.
  • Masukkan air sebanyak 1 gelas (300 ml). Lebih pun tak apa.
  • Masukkan ayam
  • Masukkan lobak merah, kentang dan kiub pati ayam dari bahan D.
  • Rebus sehingga ayam dan kentang menjadi empuk.
  • Tambahkan air jika terkurang. Masukkan batang saderi, tomato, cili dan garam.
  • Tutup api apabila mendidih semula. Sudah siap…

G. Hidangan

  • Pindahkan ke dalam mangkuk dan masukkan bahan E. Mesti wangi harum semerbak supnya.
  • Jika mahu dimakan bersama bihun, kueyteow atau mee… masukkan bihun kueyteow atau mee yang sudah sedia direbus.
  • Ada kicap bercili api pun bagus juga. Kaki makan pedas tak lengkap kalau benda ni tak dihadirkan bersama.
  • Kalau makan dengan nasi… ada telur dadar pun terangkat juga.
  • Yang suka ikan masin… ya ikan masin goreng merupakan couple yang sesuai.

Dah dah… aku dah terliur neh… Mohon tekan butang LIKE & Share kat bawah ni sekarang jika tak nak scroll ke bawah lagi sebab sudah tahu pasal gambar yang akan timbul… Terima kasih.

Gambar Hiasan dan Maklumat Tambahan

Gambar sayuran yang disertakan adalah sebagai memudahkan mereka yang baru berjinak dengan masakan sup.

Supaya tidak tersilap macam aku mula-mula dulu. Nak daun sup beli daun ketumbar… padan muka aku. Yang dah otai... dia pejam mata dan main campak jer... jadi selalu.

Bihun-Sup-dengan-Sup-Ayam
Gambar hiasan dari Vanillaessen

Daun Saderi

Gambar hiasan dari GoodFood UKTV

Daun Sup

Gambar hiasan dari TheWorkofLife

Daun Ketumbar

Gambar hiasan dari DokterSehat

Kesimpulan - Kenapa Tak Perlu Gantung Kuali... Kecuali lah Anda Seorang Yang...?

Ada rasa nak makan bihun, mee, keyteow dengan sup ayam? Sangat berkhasiat untuk melegakan demam. Kerana rempah ratus yang digunakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri. Sebagai anti-oxidant.

Hari ini tak ada kenduri, kan? Kalau ada pun, kat kenduri mana ada jamu sup ayam.

Kebanyakannya gulai (kari). Samada ikan, ayam, daging lembu dan kambing. Juga bermacam juadah lain, sekali pun reception buat kat hotel.

Sup ayam jarang sangat ada. Kalau ada… Alhamdulillah… anda sangat bertuah.

So… nak makan sup kalau demam atau tetiba rasa gian… elok buat sendiri. Maka… jangan gantung terus kuali tu… ek.

Gantung untuk kekemasan… oh itu lain ceritanya. Anda pembersih punya kaki. Mak mertua mesti suka.

Tiada ulasan